Home » » TAK TAHU NAK LETAK TAJUK APA..

TAK TAHU NAK LETAK TAJUK APA..

/ April 4, 2010 /

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Nak buat intro macamana ye?.. Ah, try je lah.. Aku menghabiskan hujung minggu aku dengan bercuti di kampung [bota kanan, perak].. Merehatkan badan.. Merehatkan minda.. Cewah

Almaklumlah sekarang kan musim hujan.. Peralihan angin monsun.. Petang sabtu hujan turun lebat mencurah - curah.. Angin bertiup kencang.. Pokok - pokok berliuk-lentuk mengikut irama sang angin.. (nasib baik tak tumbang wooo).. Aku? dok dalam rumah diam - diam.. wakaka..


Tiba - tiba, aku ternampak sekumpulan ayam.. (masa ni tak pasti berapa ekor).. menyorok dan berhimpit - himpit di bawah satu pokok yang taklah berapa rendang dan selamat untuk berteduh, tapi mungkin itu je yang terbaik saat itu..



PADA WAKTU INI, AKU MEMIKIRKAN :


~ oh.. syukur aku ada rumah yang boleh aku berteduh dari hujan/panas.. macamana lah agaknya orang yang tiada tempat berlindung.. bukan setakat berlindung dari hujan/panas malah peluru yang tidak kenal kasihan..



Bila hujan dah reda, aku tengok kumpulan ayam tadi berselerakan membersihkan badan dan menghilangkan kesejukan mungkin.. yang membuatkan aku terkejut dan merasa pelik, kumpulan itu terdiri daripada 1 ekor bapak ayam, pastu ada 4 ekor anak ayam.. [hei padin! apa yang peliknya?]


Aku bertanya pada mak aku, kaki bapak ayam tu memang cacat ke?.. (terhincut - hincut) dan kenapa anak ayam tu ikut bapak ayam, bukan mak ayam?.. lantas mak aku menjawab : mak ayam dah mati, kena baham dengan anjing.. kaki ayam tu elok, tapi tuan dia gi ikat pasal tak nak bagi ayam dia pergi rumah orang..



PADA WAKTU INI AKU MEMIKIRKAN :



1 ~ kenapalah di ikat kaki ayam tu? kan zalim namanya tu..

2 ~ ada anjing ke kat kampung kita ni mak?

3 ~ oh.. bagusnya bapak ayam tu.. atas dasar tanggungjawab, dia sanggup jaga anak2 ayam tu, memberi perlindungan pada anak2 ayam yang baru nak kenal dunia..


Aku tertarik dengan PERWATAKAN si bapak ayam

3 comments:

{ penaberkala } on: 00:58 said...

owh, org bota rupanya
dgr kata sate bota best

bapa ayam yg penyayang tuh
okla skang kwsn perak dh tak panas sgt
alhamdulillah

{ padin } on: 23:01 said...

umm boleh kata satay bota sedap, n harga murah.. dulu 20 sen secucuk, tapi sekarang dah 30 sen, masih di anggap harga terendah

semua kawasan rasanya dah mula hujan hehe

{ noor afzan } on: 23:48 said...

sangat sedih bila teringat ayam yang saya jaga sejak kecik (sebab ibu die mati)
tapi bila dah besar, orang amik dan claim tu ayam die lepas tu kurung dia dalam sangkar..
geram pun ada..

Related Posts with Thumbnails

Archives

 
Lifestyle Blogsreal time web analytics
Copyright © 2012 perjalanan ini, All rights reserved | Sitemap | Disclaimer