Home » » 3 SOALAN

3 SOALAN

/ September 9, 2009 /
Terdapat seorang pemuda yang telah menuntut di luar negara dalam tempoh yang agak panjang. Sekembalinya pemuda itu ke tanah air, dia meminta kedua ibu bapanya agar memanggil bijak pandai. Akhirnya, ibu bapa pemuda tersebut telah mempertemukan dia dengan seorang bijak pandai Muslim.

"siapakah anda? mampukah anda menjawab soalan saya?"
'Saya adalah hamba Allah, dan InsyaAllah saya akan menjawab soalan saudara..'

"kelihatan anda begitu yakin, sedangkan ramai bijak pandai di luar sana gagal menjawab soalan saya.."
'InsyaAllah, Allah SWT akan membantu saya.. ayuh silakan saudara'

"saya ada 3 soalan..
pertama : Adakah Allah itu wujud?
kedua : apakah itu takdir?
ketiga : syaitan pada akhirnya akan di bakar di dalam api neraka, tetapi apa gunanya, sedangkan ia tidak akan merasa sakit kerana syaitan juga berasal dari api.."

seraya si pemuda habis mengutarakan soalan, si bijak pandai lantas menampar si pemuda dengan tamparan yang berat.. Si pemuda berasa sakit dan berkata..

"Kenapa anda marah pada saya?"
'Saya tidak marah.. itu adalah jawapan bagi semua soalan saudara.."

"Saya tidak paham, wahai bijak pandai"
'baiklah.. adakah kamu berasa sakit?'

"semestinya"
'jadi saudara percaya sakit itu wujud?'

"ya"
'bolehkah saudara terangkan bentuk sakit?'

"saya tidak boleh"
'itulah jawapan pertama saya.. kami percaya Allah itu wujud tanpa merasa sangsi bagaimana zatnya.. semalam adakah saudara bermimpi akan di tampar oleh saya?'

"tidak"
'adakah saudara pernah terpikir akan di tampar oleh saya hari ini?'

"tidak"
'itulah takdir.... tangan yang menampar anda berasal dari apa?'

"kulit"
'muka saudara?'

"kulit"
'adakah saudara berasa sakit?'

"ya, sakit"
'itulah jawapan yang ketiga.. Jika Allah mengkehendaki, walau syaitan di jadikan dari api, ia akan tetap berasa azab di neraka kelak..'

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Archives

 
Lifestyle Blogsreal time web analytics
Copyright © 2012 perjalanan ini, All rights reserved | Sitemap | Disclaimer